top of page
Samuel Poh Jia Jian

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya atas bantuan dan sumbangan hebat mereka semasa menyiapkan projek berkumpulan ini.  Dengan kerjasama setiap ahli kumpulan, video projek tersebut dapat direkod dengan masa paling singkat dan memuaskan hati. Tambahan pula, kreativiti setiap ahli kumpulan adalah penting untuk menulis papan cerita kita yang menarik. 

​

Melalui projek berkumpulan ini, saya juga dapat mengeratkan hubungan dengan ahli berkumpulan yang daripada etnik yang berbeza. Saya menghargai peluang ini kerana dapat berkawan dengan mereka dan mendapat pemahaman lebih baik tentang keunikan etnik yang lain. 

​

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Serit Anak Banyan kerana mengajar saya modul Hubungan Etnik. Pada penghujung semester, saya telah mempelajari banyak ilmu dan pemahaman yang lebih baik terhadap hubungan etnik. 

bottom of page