top of page
Group Photo.jpg

IMPAK TUGASAN

Dalam projek ini, kami telah mempelajari dan mengetahui tentang keunikan seni mempertahankan diri masyarakat Cina. Contohnya, latar belakang, sejarah dan keunikan seni tersebut. Dengan ini, setiap individu akan memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain apabila mereka lebih memahami latar belakang setiap kaum. Oleh itu, perselisihan faham dapat dielakkan antara kaum kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza. Selain itu, kita juga membentuk projek berkumpulan kita dengan terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini kerana, kami ingin mempromosikan nilain perpaduan dan melahirkan sikap cinta akan negara dalam masyarakat

Kognitif

Negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza perlulah mengetahui kepentingan perpaduan. Oleh itu, negara kami dapat mengamalkan keamanan dan keharmonian. Sepanjang perjalanan membuat projek berkumpulan ini, kami telah mengetahui latar belakang dan keunikan seni mempertahankan diri masyarakat cina. Dengan ini, kami dapat memahami pelbagai jenis seni yang popular dan unik. Selain itu, rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dapat bergabung dan berkomunikasi dengan lebih baik jika setiap individu memahami seni mempertahankan diri kaum lain.

Psikomotor

Melalui projek berkumpulan ini, kami mempunyai peluang untuk lebih mengetahui dan memahami pelbagai seni mempertahankan diri masyarakat Cina yang popular. Kami dapat mempelajari kemahiran seni tersebut yang unik dan berbeza. Selain itu, kami dapat memupuk semangat perpaduan semasa menjalankan seni tersebut. Contohnya, individu yang berkaum Melayu, Hindu dan lain boleh mempelajari seni tersebut jika mereka mempunyai minat dalam. Di samping itu, kami bersyukur untuk mempunyai satu projek berkumpulan yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Kami dapat berkomunikasi dengan gembira dengan ahli kumpulan semasa menyiapkan tugasannya bersama-sama. Justeru itu, kami juga telah menghasilkan sebuah video dan e-portfolio untuk mewakili kami sebagai anak Malaysia perlulah sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur.

Afektif

Semasa menjalani projek berkumpulan ini, kami telah mengenali dan mempelajari pelbagai keunikan seni mempertahankan diri masyarakat cina. Oleh itu, kita ingin mempopularkan seni ini agar lebih banyak orang dapat memahami dan mengetahui. Dengan ini, seni tersebut tidak akan diabai atau dilupai. Selain itu, dengan mempunyai seni tersebut disebarkan ke seluruh dunia, negara kita dapat dikenali oleh orang lain atas perpaduan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, sikap cinta akan negara juga dapat ditetapkan dalam setiap individu. Justeru itu, kami juga dapat mengelakkan perselisihan antara satu sama lain apabila setiap individu lebih memahami latar belakang setiap kaum.

Kesimpulan

Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlulah mempunyai sikap perpaduan agar mewujudkan keharmonian antara satu sama lain.  Kita perlulah berganding bahu memupuk semangat perpaduan agar kepentingannya dapat direalisasikan lebih awal dalam setiap individu. Jika rakyat Malaysia melaksanakan semangat perpaduan dalam kehidupan harian mereka, banyak kebaikan dan manfaat dapat diperolehi. Oleh hal yang demikian, cabaran masa hadapan akan menjadikan cabaran yang merupakan luar jangkaan kita. Dengan ini, kita perlulah berpaduan agar kita dapat berganding bahu menghadapi cabaran. Bak kata pepatah, kita mestilah menyediakan payung sebelum hujan. Selain itu, kita patutlah mengamalkan nilai murni dan kesedaran sivik sejak muda. Contohnya, mempraktikkan amalan tersebut sejak kecil agar dapat melaksanakannya sejak kecil  

bottom of page