top of page

Iman Hafiz bin Khairul Anuar 

Iman_edited.png

Sepanjang saya belajar modul ini, saya dapat mempelajari dan memahami bahawa hubungan etnik sangat penting dalam kehidupan kita kepada kaum yang berbeza. Hubungan etnik mengajar saya kita mestilah menunjukkan sikap semangat perpaduan antara rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Saya juga memahami kita juga mesti saling berjaga bahasa kita kepada kaum-kaum lain agar tidak berlaku perselisihan faham. Akhir sekali, kita mestilah saling hormat menghormati antara satu sama lain dengan kaum yang berbeza agar negara kita dapat hidup dengan aman damai.

​

Pengalaman saya sebagai pelakon dalam video modul ini sangat bermakna dan menyeronokkan bagi saya kerana saya dapat bekerja dan berlakon dengan rakan-rakan saya yang berlainan kaum. Saya juga dapat memahami dan menambah ilmu pengetahuan tentang kaum rakan-rakan saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dengan pengalaman yang menyeronokkan ini. Saya sangat bertuah kerana mendapat rakan-rakan yang baik dan banyak menolong saya dalam melakukan projek ini.

​

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Serit Anak Banyan kerana mengajar saya modul Hubungan Etnik. Saya dapat mempelajari banyak ilmu yang baik tentang modul Hubungan Etnik.

bottom of page