top of page

Jeffrey Cheok Jun Wah

Screenshot (170).png

Saya sebagai ketua kumpulan untuk projek berkumpulan kami untuk modul Hubungan Etnik, ingin mengucapkan terima kasih dengan seikhlas hati kepada sesiapa yang telah membantu kumpulan kami sepanjang perjalanan projek ini. Contohnya, cikgu, kawan dan ahli keluarga yang rela meluangkan masa mereka dengan tangan terbuka untuk membantu kami. Saya juga ingin mengekspresikan perasaan kesyukuran saya untuk mempunyai sebuah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik yang rajin dan tidak mudah berputus asa.

​

Selain itu, saya juga berasa bangga atas penglibatan saya dalam menghasilkan skrip untuk video kami. Dengan kerjasama bersama-sama dengan ahli kumpulan, kami telah menghasilkan sebuah video yang bermakna dan menarik. Seterusnya, saya juga ingin mengekspresikan kesyukuran saya untuk mendapat pengalaman ini dan saya yakin manfaat dan kebaikan yang saya perolehi dapat dilaksanakan pada masa depan.

​

Akhirnya, saya dapat mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan saya semasa menyediakan tugasan kami. Saya sebagai ketua kumpulan memastikan tugasan yang diberikan kepada setiap ahli kumpulan adalah adil dan tugasannya diterang dengan jelas. Setiap ahli kumpulan juga diberi peluang untuk menyatakan idea yang unik mereka. Hal ini kerana, kumpulan kami yang terdiri daripada pelbagai etnik perlulah memastikan tidak ada perselisihan faham antara satu sama lain. Tanpa kerjasama dan kerajinan ahli kumpulan, saya berasa kami tidak dapat menyelesaikan projek berkumpulan ini pada masa yang ditetapkan.

bottom of page