top of page

Hubugnan etnik merupakan modul yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali hubungan etnik dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik di negara kita serta usaha-usaha untuk mengekalkan hubungan erat antara masyarakat Malaysia supaya dapat menghasilkan suasana yang harmoni. Seterusnya, tidak terlepas peluang juga saya dapat mengenali dan menghayati kawan-kawan baru daripada kaum dan agama yang berbeza melalui modul ini.

​

Di samping itu, saya telah ditugaskan sebagai pengarah filem bagi projek kumpulan kami. Walapun ini adalah kali pertama sebagai pengarah filem, saya amat bersyukur dengan Kerjasama semua ahli kumpulan supaya proses pembuatan filem dapat dijalankan dengan lancar.  Saya juga berterima kasih kepada cikgu kami, Mr. Serit Banyan kerana telah memberi bimbingan yang diperlukan untuk projek tersebut dan juga kawan-kawan dan ahli keluarga kerana memberi bantuan sokongan emosi sepanjang projek ini.

​

Tidak boleh dinafikan bahawa kami sekumpulan telah menghadapi berbagai-bagai masalah sepanjang projek ini, walaubagaimanapun dengan kerjasama serta kegigihan antara ahli-ahli kumpulan, kami dapat menyiapkan projek ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mengenali serta memahami perbezaan budaya dan etnik kaum lain untuk memupuk perpaduan antara kaum.

Jia Jie_edited.jpg

LIM JIA JIE

0338848

Refleksi Diri

bottom of page