top of page
test-2.jpg

Whoong Zi Wei

Sepanjang perjalanan projek berkumpulan ini, saya telah berjaya untuk memahami dan mengetahui kepentingan hubungan etnik. Modul hubungan etnik ini telah memberikan saya peluang yang emas ini untuk mewujudakan semangat perpaduan antara rakyat di Malaysia. Oleh itu, saya dapat lebih memahami perkara yang sensitif antara pelbagai kaum agar saya boleh mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain.

Selain itu, saya merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam membentukkan skrip video yang menarik dan bermakna untuk kumpulan kami. Dengan ini, saya berjaya pertama kali memperolehi pengalaman yang baru semasa menghasilkan skrip untuk video projek kami. Justeru itu, pengamalan ini akan dilaksanakan secara berfaedah pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan untuk projek berkumpulan ini. Tanpa kegigihan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan projek berkumpulan bersama-sama, kami tidak dapat menyelesaikan pada masa yang ditetapkan.

bottom of page